Kelas Antenatal & Postnatal 2025
Ilmu berguna untuk ibu mengandung dan penjagaan bayi.
Daftar Sekarang untuk Kelas Antenatal & Postnatal “The Art of Parenthood” – Tempat Terhad!
Sertai kelas eksklusif anjuran UKM pada 20 September 2025 di Zecon Hotel, Cheras. Pelajari topik penting seperti proses kelahiran, pengurusan sakit, penyusuan susu ibu, dan penjagaan bayi bersama pakar.
Yuran Early Bird hanya RM150/pasangan
Jika daftar sebelum 6 September 2025! Yuran biasa RM200/pasangan. Hubungi kami di 03-91457000/7001 atau WhatsApp 011-11922086 untuk pendaftaran segera.
RM200
RM150
Yuran Early Bird
Yuran Biasa
Sila scan QR atau klik disini untuk pendaftaran.
Topik Menarik
Kelas antenatal & postnatal untuk ibu mengandung, memberi ilmu dan kemahiran penting.
Proses Kelahiran
Satu perjalanan fizikal dan emosi yang dilalui ibu untuk melahirkan bayi, merangkumi fasa kontraksi, kelahiran, dan penjagaan awal selepas bersalin.
Penyusuan Susu Ibu
Penyusuan adalah asas penting dalam membina ikatan antara ibu dan bayi. Ia bukan sahaja memberikan nutrisi terbaik untuk tumbesaran bayi, tetapi juga membantu pemulihan tubuh ibu selepas bersalin.
Kesakitan semasa bersalin adalah pengalaman yang unik bagi setiap ibu.
Pengurusan Sakit Semasa Bersalin
Pengurusan Si Manja
Penjagaan bayi memerlukan perhatian, kesabaran dan pengetahuan yang tepat.
Bahasa Bermula dengan Anda
Bahasa adalah asas komunikasi dan kasih sayang antara ibu bapa dan anak.
Kekal Aktif Selepas Kelahiran
Pemulihan tubuh selepas bersalin memerlukan keseimbangan antara rehat dan pergerakan.
Lokasi
Zecon Hotel,
Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, Cheras
56000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tarikh & Masa
20 September 2025
8:00am - 5:00pm
Contact
Phone: 03-91457000/7001
(2:00pm - 4:00pm)
Whatsapp: 011-11922086
Penganjur Utama


Penganjur Bersama








Ulasan Ibu
Dapatkan pengalaman berharga dari kelas kami.
Kelas ini sangat membantu! Saya belajar banyak tentang proses bersalin dan penjagaan bayi.
Aisyah
Kuala Lumpur
Pengalaman yang luar biasa! Kelas ini memberikan pengetahuan penting tentang penyusuan dan teknik pernafasan.
Farah
Petaling Jaya
★★★★★
★★★★★
Soalan Lazim (FAQ): Kelas Antenatal & Postnatal
The Art of Parenthood
Apakah nama program ini dan siapa penganjurnya?
Program ini dikenali sebagai Kelas Antenatal & Postnatal: The Art of Parenthood. Ia merupakan anjuran bersama Jabatan O&G, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), UKM Specialist Centre (UKMSC) dan Kelab Mama.
Bilakah dan di manakah kelas ini akan diadakan?
Kelas ini akan berlangsung pada:
Tarikh: 20 September 2025 (Sabtu)
Masa: 8:00 pagi – 5:00 petang
Lokasi: Zecon Hotel, Cheras
Berapakah yuran penyertaan?
Yuran penyertaan adalah untuk setiap pasangan dan terbahagi kepada dua kategori:
Early Bird: RM150 setiap pasangan (jika mendaftar sebelum 06 September 2025).
Yuran Biasa: RM200 setiap pasangan.
Bagaimana cara untuk mendaftar?
Anda boleh mendaftar melalui salah satu cara berikut:
Imbas kod QR yang terdapat pada poster.
Hubungi talian 03-91457000 / 7001 (dari jam 2:00 hingga 4:00 petang).
Hubungi 011-11922086 melalui telefon atau WhatsApp.
Daftarlah segera kerana tempat adalah terhad!
Apakah topik-topik penting yang akan saya pelajari?
Kelas ini padat dengan ilmu daripada pakar merangkumi keseluruhan perjalanan keibubapaan, daripada kehamilan hingga penjagaan bayi. Antara topik menarik ialah:
Memahami Proses Kelahiran: Sesi mengenai kelahiran normal dan sebarang komplikasi yang mungkin berlaku.
Pengurusan Sakit Semasa Bersalin: Teknik dan pilihan untuk menguruskan kesakitan bersalin.
Penyusuan Susu Ibu: Panduan lengkap mengenai "mutiara bernilai" untuk ibu dan bayi.
Penjagaan Bayi: Belajar cara "Pengurusan Si Manja" daripada ketua jururawat.
Perkembangan Awal Anak: Fahami bagaimana "Bahasa Bermula Dengan Anda" daripada pakar terapi pertuturan.
Kesihatan Ibu & Bapa: Tip untuk kekal aktif selepas bersalin dan panduan khas untuk para ayah.
Penjagaan Selepas Bersalin: Ilmu untuk penjagaan ibu dan persediaan masa depan keluarga.
Siapakah barisan penceramah yang akan berkongsi ilmu?
Anda akan dibimbing oleh sekumpulan pakar yang sangat berpengalaman, termasuk:
Pakar & Pensyarah O&G: Dr Loh Sweet Yi Esther.
Pakar & Pensyarah Anestesiologi: Prof Madya Dr Azlina Masdar.
Pakar Laktasi: Puan Che Norlelawati Ghazali.
Pakar Fisioterapi: Puan Suhaila Sohaimi.
Pakar Terapi Pertuturan dan Bahasa: Puan Sherin Sokmum.
Ketua Jururawat: Puan Zetty Akmar.
Siapakah yang patut menyertai kelas ini?
Kelas ini amat disyorkan untuk semua pasangan yang bakal menimang cahaya mata, sama ada anak sulung atau yang seterusnya. Kandungannya yang menyeluruh memberi manfaat kepada kedua-dua ibu dan bapa untuk membina keyakinan diri.
Adakah makanan disediakan?
Ya, yuran anda termasuk sarapan pagi , minum pagi , dan makan tengahari. Waktu rehat dan solat juga diperuntukkan.
Apakah tentatif program sepanjang hari?
Berikut adalah ringkasan atur cara program:
8:00 - 9:00 pagi: Pendaftaran dan sarapan.
9:00 pagi - 1:00 petang: Sesi Ceramah Pagi (Fokus: Proses Kelahiran, Pengurusan Sakit, Penyusuan, Peranan Ayah, dan Kesihatan Anak).
1:00 - 2:30 petang: Rehat, Makan Tengahari & Solat.
2:30 - 5:00 petang: Sesi Ceramah Petang (Fokus: Penjagaan Bayi, Senaman), Sesi Praktikal, Sesi Soal Jawab (Q&A), dan diakhiri dengan orientasi wad & dewan bersalin.
Kelas Antenatal & Postnatal “The Art of Parenthood” oleh HCTM UKM
Sertai kelas keibubapaan komprehensif pada 20 September 2025 di Zecon Hotel, Cheras. Pelajari topik penting seperti proses kelahiran, pengurusan sakit, penyusuan susu ibu, penjagaan bayi, dan pemulihan selepas bersalin. Daftar awal untuk harga istimewa RM150 sepasang.
Kontak
Whatsapp : +6011-11922086
Telefon: +603-91457000/7001
(2:00pm - 4:00pm)
Laman web ini direka oleh subimpact network. © 2025. Semua hak cipta terpelihara.
Peta Laman